31 January 2010

DIVING MINI COMPETITION 01/2010

DIVING MINI COMPETITION 01/2010
DATE: 31 JANUARI 2010/SUNDAY
VENUE: KOLAM TERJUN MBJB LARKIN
ATLET: 7 ORANG
ORGANIZER: SDO, COACH & PARENTS
EVENTS: 1 & 3 METER SPRINGBOARD (SENIOR & JUNIOR)
5 METER PLATFORM (SENIOR ONLY)


Untuk kali pertamanya Pelapis Johor telah mengadakan satu Mini Competition bagi sukan terjun. Mini competition ini diadakan bagi memberi peluang serta pendedahan kepada atlet baru terutamanya akan keadaan sebenar pertandingan terjun dijalankan. Ia juga adalah untuk menilai tahap prestasi atlet baru dan lama. Pertandingan kali ini telah dianjurkan dengan kerjasama ibu-bapa,jurulatih dan Pegawai Pembangunan dan masing-masing mempunyai tugas-tugas sebagai teknikal pertandingan di mana Coach Agnes banyak membantu memberi penerangan kepada ibu-bapa cara-cara pertandingan sebenar dijalankan. Terima kasih diucapkan kepada ibu-bapa di atas kerjasama dan sokongan yang anda berikan.(Teknikal Pertandingan)

Bagi ulasan prestasi atlet pula, setakat hari ini prestasi atlet baru terutamanya amat membanggakan, dimana seorang atlet baru telah pun mengatasi 2 orang atlet senior dengan mengumpul mata yang lebih tinggi, beliau juga telah menduduki tempat pertama pada pertandingan kali ini. Beliau ialah adik Azie Shaminie yang kini berusia 8 tahun. Tempat kedua pula telah diduduki oleh adik Sin Yao dan Tempat Ketiga pula telah dimenangi oleh adik Nurannatasia. Berapa cenderahati telah diberikan sebagai pembakar semangat kepada para pemenang. Tahniah kepada semua atlet yang bertanding.(Para Pemenang 1st-4th)

Walaubagaimanapun, atlet masih perlu berlatih dengan lebih gigih lagi agar tahap "DD" (difficulty of dive) mereka meningkat. Walaupun ada yang menunjukkan peningkatan namun masih ada lagi atlet yang belum menunjukkan prestasi yang memuaskan. Diharap atlet dan jurulatih akan lebih gigih berlatih selepas ini. Kekurangan kelengkapan latihan bukanlah alasan untuk menunjukkan prestasi yang baik.
Sekian Terima Kasih.
(Sepanjang Pertandingan)





28 January 2010

Soal Jawab Bersama Kakitangan USPTN

Blog Unit Sukan Prestasi Tinggi (USPTN) Johor diwujudkan untuk menyampaikan maklumat berkenaan aktiviti-aktiviti yang telah, sedang, dan akan dilaksanakan oleh USPTN Johor kepada pelawat-pelawat blog ini. Di samping itu, blog ini juga berfungsi sebagai wadah atau ruang kepada pelawat-pelawat untuk bertanyakan soalan kepada kakitangan USPTN Johor berkenaan fungsi, matlamat, dan juga aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh USPTN Johor khususnya.

Sepertimana yang ditanyakan oleh saudara/i Slam di ruangan kotak bual di sisi tepi blog ini;


SDO Black, yang bertanggungjawab mengendali dan menyelaras sukan Angkat Berat, Lawan Pedang, dan Pencak Silat Pelapis Negeri Johor menjawab;

Terdapat banyak perguruan atau kelab silat di Negeri Johor. Saudara/i boleh mendaftarkan diri sebagai ahli di mana-mana perguruan atau kelab yang saudara/i minat. Di daerah Johor Bahru misalnya, terdapat banyak perguruan silat seperti Gayung, Cekak, Pahlawan, Seni Golok, dan lain-lain lagi. Malah, saya yakin di Institut Pengajian Tinggi juga terdapat kelab-kelab silat yang boleh saudara/i sertai.

Namun, jika maksud pertanyaan saudara/i itu adalah bagaimana hendak menjadi atlet pencak silat Negeri Johor, maka jawabnya saudara/i haruslah menyertai pertandingan-pertandingan yang diadakan dalam Negeri Johor. Pemilihan sebagai atlet bukanlah berdasarkan kepada pendaftaran, tetapi adalah berdasarkan kepada prestasi yang ditunjukkan dalam setiap pertandingan yang disertai.

Semoga penerangan ini dapat menjawab sedikit sebanyak pertanyaan saudara/i Slam.

Terima kasih.

*Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan melalui ruangan kotak bual, atau emel kepada kakitangan USPTN Johor sepertimana berikut:

Encik Hafiszal Tukemin - Ketua Unit USPTN Johor
hafiszal.usptn@gmail.com

SDO Zahari Zahar - penyelaras sukan Tinju, Badminton, dan Tenpin Bowling
zahari.usptn@gmail.com

SDO Siti Radziah - penyelaras sukan Berbasikal, Renang, dan Terjun
radziah.usptn@gmail.com

SDO Sabrina - penyelaras sukan Memanah, Gimnastik Artistik, dan Gimrama
sabrina.usptn@gmail.com

SDO Norasikin - penyelaras sukan Menembak, Pelayaran, dan Skuasy
norasikin.usptn@gmail.com

SDO Edzamry - penyelaras sukan Sepak Takraw, Olahraga, dan Ping Pong
edzamry.usptn@gmail.com

SDO Black - penyelaras sukan Angkat Berat, Lawan Pedang dan Pencak Silat
fierdauos.usptn@gmail.com

Cik Norashikin Hamdi - pembantu tadbir pengurusan dan pentadbiran USPTN Johor, pembantu tadbir operasi dan pengurusan Akademi Serantau Zon Selatan
asikin.cp@gmail.com

Cik Nurul Akma - pembantu tadbir kewangan
nurulakma.usptn@gmail.com

Encik Azni - pembantu tadbir perkomputeran
azni.usptn@gmail.com

Encik Ahmad Huzaimy - pembantu am rendah
amy.usptn@gmail.com

Encik Ismail - warden asrama Akademi Serantau Zon Selatan
ismailaziz.cp@gmail.com



** Kami di pihak USPTN Johor mengalu-alukan sebarang komen atau pertanyaan daripada semua pelawat blog ini. Sebarang pertanyaan yang ditanyakan akan cuba dijawab sebaik mungkin, InsyaAllah.

..

27 January 2010

Perjumpaan KU USPTN Johor Bersama Atlet

Tempat : Dewan Terbuka Akademi Serantau Zon Selatan
Masa : 1430 hrs

Satu perjumpaan telah diaturkan oleh pihak pengurusan Akademi Serantau Zon Selatan (ASZS) di antara Ketua Unit USPTN Johor dan juga pengurusan SUKMA Majlis Sukan Negeri Johor dengan atlet-atlet yang menginap di Asrama ASZS. Perjumpaan yang diadakan ini adalah bertujuan untuk menyampaikan amanat dan juga mendengar permasalahan yang dihadapi oleh atlet-atlet yang menginap di asrama ASZS.

Antara amanat yang disampaikan oleh KU USPTN meliputi hal-hal seperti etika berpakaian ketika makan, disiplin, kepentingan menjaga barang-barang peribadi yang berharga, kebersihan, dan juga sikap saling menghormati sesama warga sukan yang lain.

Perjumpaan ini telah dihadiri oleh kakitangan USPTN, kakitangan Sekretariat SUKMA, jurulatih-jurulatih, dan juga atlet-atlet yang tinggal di asrama ASZS. Semoga perjumpaan ringkas seperti ini akan dapat diadakan dengan lebih kerap bagi mengeratkan hubungan antara atlet dengan pegawai-pegawai sukan yang terlibat, di samping dapat memahami permasalahan yang dihadapai oleh atlet.













..

PENCARIAN BAKAT BARU SUKAN TERJUN 2010

PENCARIAN BAKAT BARU SUKAN TERJUN 2010

"ANAK ANDALAH YANG KAMI CARI"

Pencarian Bakat Baru Sukan Terjun telah mula dijalankan pada awal tahun 2010 ini iaitu dengan kaedah mempromosikan dan mengagihkan maklumat program ini kepada orang awam terutamanya ibu-bapa. Sememangnya pada setiap tahun Program Mengenalpasti Bakat (TID) Terjun wajib dijalankan ke sekolah-sekolah kebangsaan bagi mencari pelajar di antara umur 7-8 tahun, dan pada tahun ini satu kaedah baru telah digunakan di mana maklumat melalui "brochure" akan diedarkan ke sekolah-sekolah pra sekolah seperti yang telah disenaraikan adalah Tadika Kemas, Smart School reader Kids dan PRA-PRA sekolah di sekolah-sekolah Kebangsaan. Dimana target awal kali ini adalah pelajar dilingkungan umur 5-6 tahun.
Bagaimana pun, kaedah ini masih lagi di tahap permulaan, dan pihak Pelapis Johor berharap dengan pendedahan seperti ini akan menarik minat lebih ramai pelajar dan ibu-bapa untuk melibatkan diri dalam arena sukan Terjun (Akuatik).
Bagi sesiapa yang berminat di luar sana, bolehlah membaca lampiran dibawah. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah terus menghubungi Pegawai Pembangunan Sukan Terjun, iaitu Cik Radziah di talian 012-2456853. Bersedialah anda di luar sana, kerana mungkin anak-anak andalah bakal menjadi Penerjun negara.


(Sila click pada gmabar untuk gambaran yang jelas)

22 January 2010

PERJUMPAAN PENGARAH BERSAMA KAKITANGAN MSN JOHOR, USPTN JOHOR, ISN & PSJ



PERJUMPAAN PENGARAH MSN JOHOR
BERSAMA KAKITANGAN MSN JOHOR USPTN JOHOR (PELAPIS),
ISN DAN
PERBADANAN STADIUM JOHOR



TARIKH : 21 JANUARI 2010
MASA : 2.30 PETANG

TEMPAT : DEWAN GEMILANG MSN JOHOR


Johor Bahru - Tuan Haji Ismail bin Haji Abdul Rahman telah memberi amanat bagi tahun 2010 diantaranya : -

1. Semua kakitangan harus berkerjasama bagi meningkatkan mutu kerja kerana pelbagai program yang akan dilaksanakan dan dilalui antara SUKMA 2010 di Melaka pada 10- 19 Jun 2010.

2. Sasar KPI MSN Johor adalah mengatasi jumlah punggutan pingat emas pada SUKMA di Sabah yang lalu iaitu sebanyak 28 emas kepada melebihi 30 emas pada tahun 2010 ini.

Berita gembira juga kepada USPTN Johor kerana Pengarah telah membenarkan semua pegawai pembangunan negeri (SDO) membuat tuntutan perjalanan bagi tujuan pemantauan ke pusat latihan pelapis negeri di seluruh negeri Johor.

11 January 2010

Pemantauan PLN Tangkak

Para atlet sedang "warm up"












Atlet Berlatih Dengan Bersungguh Sungguh












Keadaan PLN yang semakin Uzur


























































06 January 2010

Badang Johor Tunjuk Kekuatan

Pada 27 Disember hingga 30 Disember 2009 yang lalu, pasukan angkat berat Pelapis Negeri Johor telah menyertai Pertandingan Angkat Berat Pelapis Negeri 2009 yang dianjurkan oleh Persatuan Angkat Berat Negeri Kelantan dan Majlis Sukan Negara. Pertandingan yang dijalankan di Wisma MSN Kelantan ini telah disertai oleh 11 pasukan termasuk atlet-atlet dari Pelapis Serantau. Pada pertandingan ini, Pelapis Johor telah menurunkan 8 orang badang dan diiringi oleh 2 jurulatih, iaitu Shah Hanaffian dan juga Jeilin "Ibu" Tololong.

Dalam pertandingan ini, pasukan Pelapis Johor telah mengungguli beberapa kategori. Antaranya ialah:

  • Lelaki 85 kg yang diwakili oleh Mohd Norman Ismail dengan jumlah keseluruhan angkatan 253 kg
  • Wanita 58 kg yang diwakili oleh Elyone Matin dengan jumlah angkatan 155 kg
  • Wanita 63 kg dan 69 kg yang diwakili oleh pasangan kembar adik beradik, Khasida dan Shahidah Halim dengan masing-masing jumlah angkatan 126 kg dan 150 kg
  • Wanita 75 kg yang diwakili oleh Marlina Nordin dengan jumlah angkatan 137 kg
  • Lelaki 77 kg yang diwakili oleh Amir Nur Zahin Gunawan. Walaupun gagal melakukan angkatan pada acara Clean & Jerk, namun angkatan pada acara Snatch telah membuatkan beliau meraih pingat gangsa.
Jumlah keseluruhan pingat yang berjaya diperolehi oleh pasukan Pelapis Negeri Johor adalah sebanyak 5 pingat emas dan 1 pingat gangsa.

Tahniah diucapkan kepada badang-badang Negeri Johor!

Semoga dengan kejayaan yang dikecapi akan menaikkan lagi semangat mereka untuk terus berusaha dan memberi saingan sengit kepada lawan-lawan mereka pada masa akan datang.


..

01 January 2010

Pesilat Pelapis Johor Cemerlang di Muar dan Kedah

Sepanjang bulan Disember 2009 yang lalu, pasukan Pencak Silat Pelapis Negeri Johor telah menyertai dua kejohanan yang dijalankan dalam waktu yang sama, iaitu Sukan Johor di Muar dan juga Kejohanan Pencak Silat Remaja Kebangsaan 2009 di Kedah.

Sukan Johor yang berlangsung pada 26 hingga 28 Disember 2009 telah disertai oleh 16 orang pesilat dari program Pelapis. Pada temasya ini, pesilat-pesilat Pelapis yang majoritinya mewakili daerah Johor Bahru telah berjaya meraih 9 emas, 2 perak, dan 2 gangsa di bawah bimbingan JSM Raja Ayub Bin Raja Yacub dan dibantu oleh pembantu jurulatih Mohd Sharudin Bin Ghulama Mersul dan Mohd Waliyuddin Hanis Bin Nordin. Temasya ini juga merupakan medan untuk memilih atlet-atlet yang akan mewakili Negeri Johor dalam Sukan Malaysia (SUKMA). Semoga pesilat-pesilat Pelapis Negeri Johor akan terus berusaha untuk berjaya mengharumkan nama Negeri Johor dalam SUKMA di Melaka kelak.



Di Kedah pula, pesilat-pesilat Pelapis Negeri Johor bawah 17 tahun juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya meraih 2 emas, 6 perak, dan 7 gangsa dalam Kejohanan Pencak Silat Remaja Kebangsaan 2009 yang berlangsung pada 24 hingga 28 Disember 2009. Pasukan Pencak Silat Pelapis Negeri Johor yang terdiri daripada 18 orang pesilat yang beraksi pada kejohanan ini membariskan muka-muka baru dan dibimbing oleh JSM Syarina Abdul Fatah dan dibantu oleh pembantu jurulatih Mohd Awis Bin Nordin dan SDO Black sebagai Pengurus Pasukan. Walaupun kebanyakannya merupakan pesilat baru, namun Pelapis Johor telah berjaya memberikan saingan kepada pasukan Pelapis dari negeri-negeri lain yang lebih berpengalaman. Semoga dengan kejayaan yang dikecapi kali ini akan memberikan mereka semangat untuk terus memajukan diri, sekaligus berazam untuk mencapai kemenangan di kejohanan-kejohanan yang akan datang.



..