06 January 2010

Badang Johor Tunjuk Kekuatan

Pada 27 Disember hingga 30 Disember 2009 yang lalu, pasukan angkat berat Pelapis Negeri Johor telah menyertai Pertandingan Angkat Berat Pelapis Negeri 2009 yang dianjurkan oleh Persatuan Angkat Berat Negeri Kelantan dan Majlis Sukan Negara. Pertandingan yang dijalankan di Wisma MSN Kelantan ini telah disertai oleh 11 pasukan termasuk atlet-atlet dari Pelapis Serantau. Pada pertandingan ini, Pelapis Johor telah menurunkan 8 orang badang dan diiringi oleh 2 jurulatih, iaitu Shah Hanaffian dan juga Jeilin "Ibu" Tololong.

Dalam pertandingan ini, pasukan Pelapis Johor telah mengungguli beberapa kategori. Antaranya ialah:

  • Lelaki 85 kg yang diwakili oleh Mohd Norman Ismail dengan jumlah keseluruhan angkatan 253 kg
  • Wanita 58 kg yang diwakili oleh Elyone Matin dengan jumlah angkatan 155 kg
  • Wanita 63 kg dan 69 kg yang diwakili oleh pasangan kembar adik beradik, Khasida dan Shahidah Halim dengan masing-masing jumlah angkatan 126 kg dan 150 kg
  • Wanita 75 kg yang diwakili oleh Marlina Nordin dengan jumlah angkatan 137 kg
  • Lelaki 77 kg yang diwakili oleh Amir Nur Zahin Gunawan. Walaupun gagal melakukan angkatan pada acara Clean & Jerk, namun angkatan pada acara Snatch telah membuatkan beliau meraih pingat gangsa.
Jumlah keseluruhan pingat yang berjaya diperolehi oleh pasukan Pelapis Negeri Johor adalah sebanyak 5 pingat emas dan 1 pingat gangsa.

Tahniah diucapkan kepada badang-badang Negeri Johor!

Semoga dengan kejayaan yang dikecapi akan menaikkan lagi semangat mereka untuk terus berusaha dan memberi saingan sengit kepada lawan-lawan mereka pada masa akan datang.


..

1 comment: