16 May 2011

KARNIVAL SUKAN PELAPIS NEGERI 01/2011

KEPUTUSAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW
PERINGKAT AKHIR
KARNIVAL SUKAN PELAPIS NEGERI EDISI 9,SIRKIT 1/2011

PASUKAN SEPAK TAKRAW NEGERI JOHOR TELAH MENYERTAI KARNIVAL SUKAN PELAPIS SIRKIT 1/2011 NEGERI KELANTAN TELAH MENDAPAT PENCAPAIAN YANG TERBAIK DAN PALING MEMBANGGAKAN.PUNGUTAN PINGAT BAGI PASUKAN SEPAK TAKRAW JOHOR INI ADALAH YANG TERBANYAK DIPEROLEHI IAITU
2 PINGAT EMAS 1 PINGAT PERAK DAN 3 PINGAT GANGSA.

KARNIVAL KALI INI PASUKAN SEPAK TAKRAW TELAH MENGHANTAR 4 BUAH PASUKAN DAN MENDAPAT KERJASAMA DAN BANTUAN SEPENUHNYA DARI PIHAK PERSATUAN SEPAK TAKRAW JOHOR DAN MAJLIS SUKAN NEGERI JOHOR YANG BANYAK MEMBANTU DARI PELBAGAI SEGI.

PASUKAN YANG DIHANTAR ADALAH JOHOR/PELAPIS, JOHOR/SSTMI A , JOHOR/SSTMI B DAN JOHOR /SEGAMAT.PASUKAN TAKRAW YANG BERADA DALAM PUSAT LATIHAN PROGRAM PELAPIS NEGERI ADALAH JOHOR/PELAPIS ,JOHOR/SSTMI A DAN B. BAGI PASUKAN JOHOR/SEGAMAT ADALAH DIBAWAH PROGRAM PERSATUAN SEPAK TAKRAW NEGERI JOHOR. KE-EMPAT EMPAT PASUKAN INI MENYERTAI KARNIVAL SEBAGAI SATU KONTIGEN IAITU KONTIGEN JOHOR.

BAGI KATEGORI REGU BAWAH 18 TAHUN ,REGU JOHOR/PELAPIS TELAH MENJUARAI DAN MENDAPAT PINGAT EMAS DENGAN MENGALAHKAN MELAKA.DAN 2 PINGAT GANGSA ADALAH REGU JOHOR/SSTMI A DAN JOHOR/SSTMI B.

BAGI KATEGORI REGU BAWAH 21 TAHUN ,REGU JOHOR SSTMI A BERJAYA MENDAPAT PINGAT EMAS DENGAN MENGALAHKAN REGU DARI PERAK.

BAGI KATEGORI REGU DOUBLE BAWAH 21 TAHUN, JOHOR/SSTMI A MENDAPAT PINGAT PERAK DAN REGU SSTMI B MENDAPAT PINGAT GANGSA.

SAYA MENGUCAPKAN SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA PASUKAN SEPAK TAKRAW JOHOR MEMPEROLEH KEJAYAAN YANG CEMERLANG!

(*SSTMI=SEKOLAH SUKAN TENGKU MAHKOTA ISMAIL = SEBELUM INI DIKENALI SEBAGAI SEKOLAH SUKAN BANDAR PENAWAR)




15 May 2011

KARNIVAL SUKAN PELAPIS NEGERI 01/2011

TAHNIAH ADIK MOHD ZAHRUL NIZAM BIN ZAMZURI
KARNIVAL SUKAN PELAPIS NEGERI EDISI 9, 2011

Pasukan Angkat Berat Pelapis Johor hanya menghantar 2 orang atlet dan 2 orang jurulatih angkat berat yang mana pertama kali layak menyertai pertandingan selepas melepasi angkatan minum pertandingan. Di dalam penyertaan pertama ini adik Mohd Zahrul Nizam Zamzuri telah berjaya memenangi pingat gangsa bagi acara Snatch bawah 16 tahun dengan angkatan 60 kg dan clean & jerk tempat ke5 dengan angkatan 75kg.

Tahniah turut diberikan kepada adik Mohd Syafiq yang telah membuat angkatan clean & jerk bagi kategori bawah 16 tahun sebanyak 73kg dan gagal membuat angkatan bagi acara snatch. Terima kasih juga kepada kedua-dua jurulatih dibawah program pelapis ini iaitu Mohd Mustafa Kamal dan Zamzuri dan diharapkan dapat melahirkan lebih ramai para atlet terutama dari Felda Pemanis Segamat.


dari kanan : Adik Mohd Zahrul Nizam, Mohd Mustafa Kamal, Zamzuri dan dibelakang adik Mohd Syafik.

KARNIVAL SUKAN PELAPIS NEGERI 01/2011

TAHNIAH TEAM GIMRAMA JOHOR
KARNIVAL SUKAN PELAPIS NEGERI EDISI 9, 2011

Tahniha kepada pasukan gimrama program Pelapis Negeri Johor diatas kejayaan menduduki dan memenangi pigat Gangsa di dalam acara Gred 1 Berpasukan dan Gred 2 Berpasukan. Walaupun tanpa jurulatih beliau yang melatih selama ini, yang akan menjalani pembedahan lutut di dalam masa terdekat ini sudah pasti Johor akan memperoleh satu keputusan yang lebih baik. Pasukan ini dari masa kesemasa sentiasa menunjukkan peningkatan yang positif. 

Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa para atlet terbabit yang sama-sama membantu menguruskan pasukan dan tidak ketinggalan Pn Ai Lee yang banyak membantu pasukan Johor di Karnival pada kali ini. Pihak kami turut berharap Teo Teng Teng akan selamat menjalani pembedahan dan cepat sembuh agar dapat kembali melatih para atlet gimrama Johor.





Sekian.

KARNIVAL SUKAN PELAPIS NEGERI 01/2011

KEPUTUSAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW
PERINGKAT KUMPULAN
KARNIVAL SUKAN PELAPIS NEGERI EDISI KE-9, 2011

Berikut adalah keputusan rasmi peringkat kumpulan pertandingan sepak takraw di Karnival Sukan Pelapis Negeri Edisi Ke-9, 2011. Berikut adalah pasukan Johor yang layak memasuki pusingan kedua (kalah mati) peringkat Suku Akhir: 

Acara Bawah 18 Tahun
1. Johor / Pelapis
2. Johor / Pelapis / SSTMI A
3. Johor / Pelapis / SSTMI B
4. Johor / Segamat

Acara Bawah 21 Tahun
1. Johor Pelapis
2. Johor / Pelapis / SSTMI A

Acara Double Bawah 21 Tahun
1. Johor / Pelapis / SSTMI A
2. Johor / Pelapis / SSTMI B
3. Johor / Pelapis

Berikut keputusan peringkat kumpulan:










KARNIVAL SUKAN PELAPIS NEGERI 01/2011

KEPUTUSAN RASMI PERTANDINGAN MEMANAH
KARNIVAL SUKAN PELAPIS NEGERI EDISI KE 9, 2011

Tahniah kepada adik Caryn Simiza Ling diatas kejayaan memenangi pingat perak pada jarak 50 meter Wanita Kategori Kat II dan keseluruhan individu kategori KAT II. Beliau merupakan atlet dari Program Johor Gemilang / Majlis Sukan Sekolah-Sekolah yang menyertai pertandingan ini sebaik tamat pertandingan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Johor yang diadakan diu Kota Tingga, Johor yang berakhir pada 8hb Mei 2011 yang lalu.

Tahniah juga kepada adik Fatin Izzaty Md Isa yang telah memenangi pingat perak bagi acaraJarak 30 Meter Wanita Kategori Kat II. Beliau merupakan atlet di bawah Program Pelapis Johor berlatih di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail Kota Tinggi Johor.

Oleh tahniah kepada pengurus dan jurulatih dari sukan Memanah diatas kejayaan. Sekian.






Sumber keputusan: http://www.facebook.com/notes/pelapis-majlis-sukan-negara/keputusan-rasmi-sukan-memanah-hari-ketiga-14-mei-2011-karnival-pelapis-negeri-01/10150183211022087

14 May 2011

KARNIVAL SUKAN PELAPIS NEGERI 01/2011

KARNIVAL SUKAN PELAPIS NEGERI EDISI KE-9,2011
KOTA BAHRU, KELANTAN

KEPUTUSAN GIMNASTIK
13HB MEI 2011

Berikut adalah keputusan bagi hari kedua pertandingan sukan gimnastik melibatkan para atlet di kategori tahap 3 (Level 3) di Karnival Sukan Pelapis Negeri Edisi Ke-9, 2011. Pertandingan ini telah dilaksanakan di Dewan Gimnastik SMK Putra, Kota Bahru Kelantan. Berikut adalah keputusan tahap 3 (Level 3).

Result Berpasukan MAG level 3: 1. Johor 2. Pahang. 3. Terengganu

Result Individu MAG level 3 Acara: Palang Tunggal 
1.Mohd Khairul (PS) 2. Khairul Rasul Hilmi (Johor) 3. Mohd Azizul (Johor)

Result Individu MAG level 3 Acara: Gelang  
1.Mohd Azizul (Johor) 2.Mohd Khairul (PS) 3.Mohd Nor Syafiq (Pahang)

Result Individu MAG level 3 Acara: Kekuda Berpelana
1.Khairul Rasul Hilmi (Johor) 2.Mohd Badlin (T'ganu) 3.Mohd Azizul (Johor)

Result Individu MAG level 3: Acara: Senam Lantai  
1.Mohd Azizul (Johor) 2.Mohd Khairul (PS) 3.Wan Mohd Ikmaluddin (T'ganu)

 Khairuddin Selamat (Jurulatih Penuh Masa) (Baju merah dar kiri), Muhammad Fieardaous (Pegawai Pembangunan Sukan Gimnastik Johor, Cikgu Nazri (Jurulatih di SSTMI) dan Hafiszal Tukemin Ketua Unit USPTN Johor



KARNIVAL PELAPIS NEGERI SIRI 1/2011

KARNIVAL PELAPIS NEGERI SIRI 1/2011 KOTA BHARU, KELANTAN (HARI KEDUA)

Pada hari kedua Karnival Pelapis ini ( 11 Mei 2011 ), kebanyakkan pasukan telah menjalani latihan penyesuaian tempat pertandingan di venue masing. Para urusetia pula telah pun membuat pantauan ke setiap venue bagi memudahkan perjalanan ke venue setiap sukan apabila bermulanya pertandingan. Pengurus-pengurus pasukan yang terdiri daripada pegawai pembangunan negeri dan juga beberapa pegawai MSNJ/JPN telah pun menghadiri Mesyuarat Pengurus Pasukan bagi sukan-sukan Gimrama, Gimnastik, Angkat Berat, Sepak Takraw dan Tinju. Manakala Mesyuarat bagi sukan Memanah akan diadakan pada 12 Mei 2011 jam 10.00Pagi. Dari makluman yang diterima tiada banyak perubahan yang berlaku semasa mesyuarat pengurus pasukan dijalankan. Kesemua Sukan akan mula bertanding pada 12 Mei 2011 kecuali sukan memanah.






Semasa di Penginapan, pihak urusetia juga sempat berjumpa bersama jurulatih dan atlet bagi membincangkan perjalanan sepanjang karnival berlangsung serta telah membuat pengagihan pakaian karnival kepada atlet dan jurulatih. Diharap dengan adanya bantuan seperti ini dapat membakar semangat para atlet dan jurulatih untuk bertanding. Pihak USPTN Johor mengucapkan ribuan terima kasih kepada Majlis Sukan Negeri Johor kerana membekalkan peruntukkan pakaian kepada Kontinjen Johor ke Karnival Pelapis pada kali ini.

Sekian Terima Kasih.


Perjumpaan Atlet/coach/PPN

Mesyuarat Pengurus Pasukan

11 May 2011

KARNIVAL PELAPIS NEGERI SIRI 1/2011

KARNIVAL PELAPIS NEGERI SIRI 1/2011, KOTA BHARU KELANTAN
(HARI PERTAMA)


Pada 10 Mei 2011 satu perjumpaan bersama pengarah dan atlet Kontinjen Johor telah diadakan pada jam 9.00 pagi. Perjumpaan diadakan di perkarangan Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunus, Larkin. Setelah perjumpaan tersebut Kontinjen Johor telah bergerak ke Kota Bharu Kelantan pada jam 10.00 pagi dengan menaiki 2 buah bas panjang dan sebuah coster. Manakala kontinjen Johor yang berangkat dari Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail telah bertolah pada jam 9.00 pagi dengan menaiki sebuah bas panjang dan sebuah coster. Perjalanan dari Johor bharu mangambil masa selama hampir 15 jam untuk sampai di Kota Bharu Kelantan, ini kerana bas lebih berhati-hati untuk membawa atlet agar sampai dengan selamat ke destinasi yang dituju. Alhamdulillah tepat jam 1.00 pagi kami telah selamat check in di Hotel Destiny (atlet) & Ridel Hotel (Urusetia) dimana hotel tersebut adalah di bangunan yang sama dan saling bersebelahan.
Pada Karnival kali ini negeri Johor telah menghantar penyertaan seramai 94 orang atlet, 11 orang jurulatih dan 12 orang pegawai termasuk pegawai dari Majlis Sukan Negeri Johor yang terlibat sama. Jumlah penglibatan keseluruhan adalah seramai 117 orang. Pada 11 Mei 2011 pula kebanyakkan pegawai terlibat dalam Mesyuarat Pengurus Pasukan dan melawat venue-venue sebagai persediaan sebelum pertandingan berlangsung. Sekian laporan untuk hari pertama.




10 May 2011

KEKOSONGAN JAWATAN

 IKLAN JAWATAN KOSONG
PEMBANTU TADBIR PEKERANIAN & KEWANGAN 

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :-

1. (a                            (a)       JAWATAN                                         :           PEMBANTU TADBIR
                                                                                                                       (PEKERANIAN DAN KEWANGAN)
(b)       GRED                                               :           N17
(c)        KUMPULAN PERKHIDMATAN    :           SOKONGAN
(d)       KLASIFIKASI PERKHIDMATAN   :           PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
(e)       JADUAL GAJI                                  :           P1T1 RM 820.38  –
P1T24 RM 2151.35
(f)        TARAF JAWATAN                           :           KONTRAK


SYARAT LANTIKAN 

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a)               (a)      Warganegara Malaysia ;

(b)               (b)      Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c)      i)         Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan ; dan

ii)                  Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Keutamaan diberi kepada calon- calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan / atau mengambil trengkas).

CARA MEMOHON

Semua permohonan hendaklah menggunakan borang yang diperolehi daripada Majlis Sukan Negeri Johor (Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor) dengan mengambil sendiri di pejabat pada waktu pejabat. 

Permohonan yang lengkap hendaklah dikembalikan ke alamat seperti di bawah sebelum atau pada tarikh tutup permohonan.

Bagi pemohon-pemohon yang masih berkhidmat dimana-mana jabatan Kerajaan perlulah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan dan dilampirkan bersama salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan 2010 serta Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan telah dikemaskini.

PENGARAH
MAJLIS SUKAN NEGERI JOHOR
D/A     :           ARAS 1,
STADIUM TAN SRI DATO’ HAJI HASSAN YUNOS
JALAN DATO’ JAAFAR
80350 JOHOR BAHRU
JOHOR

(U/P    :           KETUA UNIT
                        UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI JOHOR)

TARIKH IKLAN       :           5HB MEI 2011
TARIKH TUTUP     :           23HB MEI 2011

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan salinan sah dokumen-dokumen berikut :-

(i)                 Sijil Kelahiran
(ii)               Kad Pengenalan
(iii)             Sijil Berhenti Persekolahan
(iv)       Sijil SPM
(v)               Lain-lain Sijil Kelayakan / Surat Akuan berkaitan


CATITAN AM


(a)              (a)       Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

(b)        Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

(c)     Segala perbelanjaan semasa menghadiri temuduga adalah menjadi tanggungan dan tanggungjawab pemohon sendiri.