11 May 2011

KARNIVAL PELAPIS NEGERI SIRI 1/2011

KARNIVAL PELAPIS NEGERI SIRI 1/2011, KOTA BHARU KELANTAN
(HARI PERTAMA)


Pada 10 Mei 2011 satu perjumpaan bersama pengarah dan atlet Kontinjen Johor telah diadakan pada jam 9.00 pagi. Perjumpaan diadakan di perkarangan Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunus, Larkin. Setelah perjumpaan tersebut Kontinjen Johor telah bergerak ke Kota Bharu Kelantan pada jam 10.00 pagi dengan menaiki 2 buah bas panjang dan sebuah coster. Manakala kontinjen Johor yang berangkat dari Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail telah bertolah pada jam 9.00 pagi dengan menaiki sebuah bas panjang dan sebuah coster. Perjalanan dari Johor bharu mangambil masa selama hampir 15 jam untuk sampai di Kota Bharu Kelantan, ini kerana bas lebih berhati-hati untuk membawa atlet agar sampai dengan selamat ke destinasi yang dituju. Alhamdulillah tepat jam 1.00 pagi kami telah selamat check in di Hotel Destiny (atlet) & Ridel Hotel (Urusetia) dimana hotel tersebut adalah di bangunan yang sama dan saling bersebelahan.
Pada Karnival kali ini negeri Johor telah menghantar penyertaan seramai 94 orang atlet, 11 orang jurulatih dan 12 orang pegawai termasuk pegawai dari Majlis Sukan Negeri Johor yang terlibat sama. Jumlah penglibatan keseluruhan adalah seramai 117 orang. Pada 11 Mei 2011 pula kebanyakkan pegawai terlibat dalam Mesyuarat Pengurus Pasukan dan melawat venue-venue sebagai persediaan sebelum pertandingan berlangsung. Sekian laporan untuk hari pertama.




No comments:

Post a Comment