15 May 2011

KARNIVAL SUKAN PELAPIS NEGERI 01/2011

TAHNIAH ADIK MOHD ZAHRUL NIZAM BIN ZAMZURI
KARNIVAL SUKAN PELAPIS NEGERI EDISI 9, 2011

Pasukan Angkat Berat Pelapis Johor hanya menghantar 2 orang atlet dan 2 orang jurulatih angkat berat yang mana pertama kali layak menyertai pertandingan selepas melepasi angkatan minum pertandingan. Di dalam penyertaan pertama ini adik Mohd Zahrul Nizam Zamzuri telah berjaya memenangi pingat gangsa bagi acara Snatch bawah 16 tahun dengan angkatan 60 kg dan clean & jerk tempat ke5 dengan angkatan 75kg.

Tahniah turut diberikan kepada adik Mohd Syafiq yang telah membuat angkatan clean & jerk bagi kategori bawah 16 tahun sebanyak 73kg dan gagal membuat angkatan bagi acara snatch. Terima kasih juga kepada kedua-dua jurulatih dibawah program pelapis ini iaitu Mohd Mustafa Kamal dan Zamzuri dan diharapkan dapat melahirkan lebih ramai para atlet terutama dari Felda Pemanis Segamat.


dari kanan : Adik Mohd Zahrul Nizam, Mohd Mustafa Kamal, Zamzuri dan dibelakang adik Mohd Syafik.

1 comment: