14 May 2011

KARNIVAL PELAPIS NEGERI SIRI 1/2011

KARNIVAL PELAPIS NEGERI SIRI 1/2011 KOTA BHARU, KELANTAN (HARI KEDUA)

Pada hari kedua Karnival Pelapis ini ( 11 Mei 2011 ), kebanyakkan pasukan telah menjalani latihan penyesuaian tempat pertandingan di venue masing. Para urusetia pula telah pun membuat pantauan ke setiap venue bagi memudahkan perjalanan ke venue setiap sukan apabila bermulanya pertandingan. Pengurus-pengurus pasukan yang terdiri daripada pegawai pembangunan negeri dan juga beberapa pegawai MSNJ/JPN telah pun menghadiri Mesyuarat Pengurus Pasukan bagi sukan-sukan Gimrama, Gimnastik, Angkat Berat, Sepak Takraw dan Tinju. Manakala Mesyuarat bagi sukan Memanah akan diadakan pada 12 Mei 2011 jam 10.00Pagi. Dari makluman yang diterima tiada banyak perubahan yang berlaku semasa mesyuarat pengurus pasukan dijalankan. Kesemua Sukan akan mula bertanding pada 12 Mei 2011 kecuali sukan memanah.






Semasa di Penginapan, pihak urusetia juga sempat berjumpa bersama jurulatih dan atlet bagi membincangkan perjalanan sepanjang karnival berlangsung serta telah membuat pengagihan pakaian karnival kepada atlet dan jurulatih. Diharap dengan adanya bantuan seperti ini dapat membakar semangat para atlet dan jurulatih untuk bertanding. Pihak USPTN Johor mengucapkan ribuan terima kasih kepada Majlis Sukan Negeri Johor kerana membekalkan peruntukkan pakaian kepada Kontinjen Johor ke Karnival Pelapis pada kali ini.

Sekian Terima Kasih.


Perjumpaan Atlet/coach/PPN

Mesyuarat Pengurus Pasukan

No comments:

Post a Comment