10 May 2011

KEKOSONGAN JAWATAN

 IKLAN JAWATAN KOSONG
PEMBANTU TADBIR PEKERANIAN & KEWANGAN 

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :-

1. (a                            (a)       JAWATAN                                         :           PEMBANTU TADBIR
                                                                                                                       (PEKERANIAN DAN KEWANGAN)
(b)       GRED                                               :           N17
(c)        KUMPULAN PERKHIDMATAN    :           SOKONGAN
(d)       KLASIFIKASI PERKHIDMATAN   :           PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
(e)       JADUAL GAJI                                  :           P1T1 RM 820.38  –
P1T24 RM 2151.35
(f)        TARAF JAWATAN                           :           KONTRAK


SYARAT LANTIKAN 

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a)               (a)      Warganegara Malaysia ;

(b)               (b)      Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c)      i)         Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan ; dan

ii)                  Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Keutamaan diberi kepada calon- calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan / atau mengambil trengkas).

CARA MEMOHON

Semua permohonan hendaklah menggunakan borang yang diperolehi daripada Majlis Sukan Negeri Johor (Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor) dengan mengambil sendiri di pejabat pada waktu pejabat. 

Permohonan yang lengkap hendaklah dikembalikan ke alamat seperti di bawah sebelum atau pada tarikh tutup permohonan.

Bagi pemohon-pemohon yang masih berkhidmat dimana-mana jabatan Kerajaan perlulah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan dan dilampirkan bersama salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan 2010 serta Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan telah dikemaskini.

PENGARAH
MAJLIS SUKAN NEGERI JOHOR
D/A     :           ARAS 1,
STADIUM TAN SRI DATO’ HAJI HASSAN YUNOS
JALAN DATO’ JAAFAR
80350 JOHOR BAHRU
JOHOR

(U/P    :           KETUA UNIT
                        UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI JOHOR)

TARIKH IKLAN       :           5HB MEI 2011
TARIKH TUTUP     :           23HB MEI 2011

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan salinan sah dokumen-dokumen berikut :-

(i)                 Sijil Kelahiran
(ii)               Kad Pengenalan
(iii)             Sijil Berhenti Persekolahan
(iv)       Sijil SPM
(v)               Lain-lain Sijil Kelayakan / Surat Akuan berkaitan


CATITAN AM


(a)              (a)       Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

(b)        Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

(c)     Segala perbelanjaan semasa menghadiri temuduga adalah menjadi tanggungan dan tanggungjawab pemohon sendiri.

No comments:

Post a Comment