10 May 2011

KARNIVAL SUKAN PELAPIS NEGERI 01/2011

KARNIVAL SUKAN PELAPIS NEGERI 01/2011
KOTA BAHRU, KELANTAN
11hb Mei - 15hb Mei 2011

Johor Bahru, Johor; Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor akan menyertai Karnival Sukan Pelapis Negeri 01/2011 yang akan dilangsungkan di Kota Bahru, Kelantan dari 11hb Mei hingga 15hb Mei 2011. Sebanyak 6 jenis sukan akan dipertandingan secara karnival diantaranya Sepak Takraw, Gimnastik, Gimrama, Memanah, Angkat Berat dan Tinju. 

Pada karnival kali ini, Majlis Sukan Negeri Johor melalui Unit Sukan Negeri Johor telah mengaturkan penyertaan secara Kontinjen Pembangunan Negeri Johor yang melibat semua program pembangunan sukan Negeri Johor iaitu Program Pelapis Negeri, Program Johor Gemilang dan Program Pembangunan Sukan Persatuan Sukan Negeri.

Secara keseluruhan seramai 156 orang urusetia, pegawai, jurulatih dan atlet akan menyertai dan bersama-sama ke Karnival Sukan Pelapis Negeri 01/2011 ini. Pihak USPTN Johor akan sedaya mengemaskini maklumat dan keputusan semasa terutamanya pasukan Negeri Johor disepanjang karnival ini berlangsung.

Berikut adalah pecahan penyertaan mengikut jenis sukan: -
1. Sepak Takraw (4 Team - 48 atlet - 8 pegawai)
2. Gimnastik (12 atlet - 2 pegawai)
3. Gimrama (6 atlet - 2 pegawai)
4. Angkat Berat (3 atlet - 2 pegawai)
5. Memanah (3 Team - 26 atlet - 6 pegawai)
6. Tinju (15 atlet - 2 pegawai)
7. Urusetia (26 orang)

No comments:

Post a Comment