23 March 2011

KEJOHANAN BOLING SIRKIT REMAJA JOHOR 2/2011

KEJOHANAN BOLING SIRKIT REMAJA 02/2011

Pada 19 Mac 2011 yang lalu telah berlangsungnya Kejohanan Sirkit Remaja Johor Siri 2/2011 di Ole-Ole Bowl, IOI Mall. Kejohanan tersebut telah disertai oleh seramai 115 orang atlet boling dari seluruh negeri Johor. Penyertaan adalah di bawah lingkungan atlet 20 tahun ke bawah. Terdapat juga 2 orang atlet dari Negeri Sembilan yang telah turut serta bertanding sebagai negeri jemputan.

Tahniah diucapkan kepada Pegawai Pembangunan Boling iaitu En Zahari Zahar dan Persatuan Tenpin Boling Negeri Johor di atas penganjuran tersebut. Pada Sirkit kali ini seorang atlet dari daerah Johor Bharu telah memecah rekod HIGH GAME dengan Score tertinggi iaitu 298 dari adik Aide Ashraf . Sirkit ke-3 pula akan menyusul pada 10 Mac 2011 ini di Batu Pahat. Diharap dengan adanya Kejohanan seperti ini, lebih ramai lagi atlet boling Malaysia dari Negeri Johor dapat dilahirkan. Semoga usaha dan kegigihan ini dapat diteruskan lagi. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak.

Dilampirkan keputusan keseluruhan Kejohanan Boling Remaja Johor Siri 2/2011:

1. Keputusan Rasmi Keseluruhan (click here to download)
2. Johan Setiap Kategori (click here to download)


PEREMPUAN BAWAH 15

LELAKI BAWAH 12

PEREMPUAN BAWAH 20

PEREMPUAN BAWAH 12

LELAKI BAWAH 15

No comments:

Post a Comment