31 March 2011

PEMANTAUAN KUN KE PLN TINJU

PEMANTAUAN KUN
KE PUSAT LATIHAN PELAPIS NEGERI
SUKAN TINJU
DI PUSAT LATIHAN TINJU KEBANGSAAN
STADIUM LARKIN JOHOR BAHRU, JOHOR

TARIKH : 18hb March 2011 / Jumaat
MASA : Jam 4.30 petang

Johor Bahru, Johor; Sempenan dengan cuti persekolahn ini, program pelapis sukan tinju telah mengaturkan satu kem latihan selama 3hari 2malam di pusat latihan tinjun Johor dan menginap di asrama Akademi Serantau Zon Selatan. Seramai hampir 30 orang atlet yang kebanyakan mereka baru sahaja mencuba-cuba menceburi sukan ini. Walaupun Johor sebelum ini dikenali sebagai salah sebuah negeri yang ramai melahirkan atlet yang terbaik kepada negara. Namun kini Johor telah ketandusan atlet yang benar-benar berpontensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Oleh itu, program ini diharap dapat mencungkil dan menarik minat mereka untuk terus menceburi bidang sukan ini. Di dalam pemerhatian saya terdapat beberapa orang yang atlet menunjukkan pontensi untuk diketengahkan.

Untuk makluman semua, terdapat 2 orang jurulatih yang telah dilantik secara sambil bagi mengendalikan latihan iaitu En Azmee Abdul Rahman dan En Mohd Farid Abdul Rahman. Kedua-dua mereka ini adalah bekas peninju yang pernah mengharumkan nama negeri Johor.





1 comment:

  1. saya berminat dengan sukan tinju..
    macam mana nak menceburi bidang ini??

    ReplyDelete