PEMANTAUAN KETUA UNIT
PUSAT LATIHAN PELAPIS NEGERI JOHOR
SUKAN TERJUN
DI KOLAM RENANG MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
TARIKH : 18hb March 2011 / Jumaat
JAM : 5.45 petang
Johor Bahru, Johor: Pada tahun 2011 ini, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor telah membuat perubahan pada program latihan sukan terjun dengan mengantikan melantik jurulatih baru. Ini disebabkan jurulatih Cik Agnes Wong Chiew Hung akan tamat perkhidmatan beliau pada 31hb March 2011 ini sebagai jurulatih sepenuh masa. Tugas jurulatih ini akan digantikan dengan seorang jurulatih sambilan yang juga pernah membimbing atlet sukan terjun di negeri Johor sebelum ini iaitu En. Mohd Razif Bin Jonab Mohammad Raza mulai 1hb March hingga 31hb Disember 2011 ini.
Pemantauan saya melihat hanya seorang atlet wanita sedang berlatih dibawah bimbingan En Mohd Razif. Difahamkan juga atlet ini telah lama tidak mengikuti latihan dibawah bimbingan jurulatih Cik Agnes. Latihan yang dilaksanakan adalah terjunan papan anjal 1 meter dan 2 meter.
Johor agak ketinggalan di dalam sukan terjun disebabkan ketidakcukupan kemudahan latihan dan kelengkapan latihan yang agak usang. Kemudahan latihan yang amat diperlukan pada masa ini adalah sebuah dewan latihan 'dry gim'. Walaupun pada masa kini telah terdapat kelengkapan latihan seperti spring board dan harness namun ianya masih tidak mencukupi. Pada masa kini, harness juga masih tidak dapat digunakan kerana tiang yang menyokong harness tersebut agak bergoyong.
Namun langkah-langkah akan diambil dengan membincangkan perkara-perkara tersebut ini bersama Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor. Semoga usaha-usaha untuk memajukan sukan terjun ini akan mendapayt sokongan dari semua pihak.
Pusat latihan ini juga mengalu-alukan kepada semua bekas penerjun yang pernah berlatih dibawah program ini untuk kembali dan meneruskan mengikuti program latihan dibawah kendalian En Mohd Razif. Kepada yang berminat bolehlah menghubungi pejabat Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor dengan bercakap bersama Cik Siti Radziah. Sekian.
No comments:
Post a Comment