PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN NEGERI
SUKAN TERJUN,
KOLAM TERJUN LARKIN
TARIKH : 28 MAC 2011
ATLET : SEORANG (SEBELAH PETANG)
JURULATIH : RADZIF (JSM)
Pada 28 Mac 2011, Pegawai Pembangunan Sukan Terjun telah memantau sesi Latihan Terjun Di Kolam Renang MBJB Larkin. Sesi Latihan adalah pada sebelah petang. Jurulatih yang dilantik adalah seorang JSM (Jurulatih Sambilan) maka latihan hanya dapat diadakanpada sebelahpetang sahaja. Ini adalah kerana terpaksa mengikut kesesuaian masa jurulatih tersebut memandangkan beliau bekerja pada sebelah pagi. Namun pihak kami amat berterima kasih kepada Jurulatih yang baru dilantik ini iaitu En Radzif kerana dapat memberi komitmen yang tinggi dalam menjalankan latihan tersebut. Terdapat banyak perbezaan cara latihan yang ditunjukkan oleh jurulatih tersebut berbanding dengan jurulatih yang sebelumnya. Atlet juga lebih bersemangat berlatih bersama beliau.
Masalah yang timbul pula adalah masalah atlet yang berada di persekolahan sesi petang, dimana mereka tidak dapat menjalankan latihan pada sesi pagi kerana tiada jurulatih yang dapat melatih pada sesi pagi. Dan hanya pada hari minggu sahaja atlet tersebut dapat membuat latihan.
Dengan itu pihak USPTN Johor amat berharap agar permohonan melantik En Radzif sebagai Jurulatih Penuh Masa dari Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara dapat diluluskan dengan segera. Pihak kami akan berusaha dengan lebih gigih untuk memastikan negeri Johor bakal melahirkan atlet terjun untuk Negeri Johor ke SUKMA dan Malaysia suatu hari nanti. Tanpa sokongan dari semua pihak impian ini tidak mungkin dapat direalisasikan. Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment