SESI PEMILIHAN AKHIR ATLET TERJUN
&
PERJUMPAAN BERSAMA IBUBAPA
PERJUMPAAN BERSAMA IBUBAPA
Pada 18 April 2010 (Ahad), satu sesi pemilihan terakhir atlet baru terjun telah diadakan di Kolam Renang MBJB Larkin, pemilihan ini adalah sambungan daripada Program Mengenalpasti Bakat Sukan terjun yang telah diadakan di sekolah-sekolah pada 7 & 8 April yang lalu. Pemilihan kali ini dibuat lebih terperinci oleh Jurulatih Penuh Masa kami iaitu Miss Agnes Wong dan seramai lebih kurang 15 orang atlet baru yang telah di pilih oleh JPM kami. Pada masa yang sama juga, satu sesi perjumpaan bersama ibubapa telah diadakan oleh Pegawai Pembangunan Negeri bagi sukan terjun iaiti Cik Siti Radziah, bagi menerangkan bagaimana program latihan dan jangka masa latihan ini dijalankan. Semua ibubapa telah amat menunjukkan minat yang tinggi untuk membenarkan anak-anak mereka menyertai Program ini, namun ada dari mereka yang tidak dapat melepaskan anak mereka kerana terdapat perkara-perkara yang tidak dapat dielak iaitu seperti jarak PLN dari rumah mereka yang agak jauh serta sesi sekolah agama yang sama dengan sesi latihan terjun diadakan. Namun sememangnya tiada paksaan dari pihak kami, selagi minat teradap sukan ini tinggi dari ibubapa atau atlet itu sendiri, Pegawai pembangunan Negeri telah membenarkan mereka untuk mencuba dahulu sedikit demi sedikit. JPM kami telah memberi masa selama sebulan untuk melihat tahap prestasi atlet-atlet baru tersebut, atlet dinilai dari segi kekerapan datang latihan dan juga kecekapan atlet tersebut belajar tentang sesuatu yang baru. Moga selepas ini, lebih ramai atlet terjun mampu dilahirkan dari negeri Johor. Sokongan dan semangat yang tinggi dari ibubapa amat kami harapkan.