18 October 2014

PROGRAM BINAAN - PENGANJURAN KEJOHANAN TENPIN BOWLING REMAJA TERTUTUP NEGERI JOHOR 2014 SIRI 2


SUKAN : TENPIN BOWLING
TARIKH : 17 & 18 OKTOBER 2014 
TEMPAT : DAIMAN BOWL JOHOR BAHRU

Pada 17hb Oktober 2014, Majlis Sukan Negeri Johor melalui Unit Sukan Negeri Johor dan Cawangan Pelapis MSNM telah mengadakan Kejohanan Tenpin Bowling Remaja Tertutup Negeri Johor 2014 Siri ke-2 bertempat di Daiman Bowl, Johor Bahru Johor. Penganjuran ini merupakan penganjuran kejohanan yang kedua kalinya diadakan bagi tahun 2014 dimana Siri yang pertama telah diadakan pada 17 Mei 2014 bertempat di Pasir Gudang Bowl, Masai Pasir Gudang Johor. Program ini bertujuan bagi memberi pendedahan pertandingan kepada atlet- atlet muda dari peringkat akar umbi (bawah 12 tahun, pertengahan dan remaja  bawah 19 tahun. Selain itu juga bertujuan untuk mengenal pasti bakat-bakat baru dari seluruh daerah Negeri Johor untuk di ketengahkan pada peringkat yang lebih tinggi. berikut adalah kategori yang dipertandingan :-

1. Kategori Bawah 12 Tahun Lelaki dan wanita 
2. Kategori Bawah 15 tahun Lelaki dan Wanita 
3. Kategori Bawah 19 Tahun Lelaki dan Wanita 

Berikut adalah laporan hari pertama kejohanan iaitu pada 17hb Oktober 2014 

Pertandingan telah diadakan pada jam 10.00 Pagi di Pusat Bowling Daiman Bowl Johor Jaya, Johor Bahru Johor melibatkan 3 kategori iaitu Kategori Bawah 12 Tahun Lelaki , Bawah 12 Tahun Perempuan dan Bawah 15 tahun Perempuan 

Berikut adalah Jumlah penyertaan :

1. Bawah 12 Tahun Lelaki = 22 Orang 
2. Bawah 12 Tahun Perempuan = 11 Orang 
3. Bawah 15 Tahun Perempuan = 14 Orang 

Berikut adalah Senarai Pemenang - Pemenang bagi setiap kategori :

Bawah 12 Tahun Lelaki 

Johan : Mohd Aiman Bin Azni (Kluang ) 
N. Johan : Mohd Afif Ozaini ( Pelapis Johor) 
Ketiga : Mohd Adzrul Amree ( Kluang ) 
Keempat : Mohd Shazan Zharfan ( SMK Bukit Dahlia) 

Bawah 12 Tahun Perempuan 

Johan : Eunice Lee Jian Han ( Pelapis Johor) 
N. Johan : Nur Zulaikha Bt Zulkifle ( Pelapis Johor) 
Ketiga : Ain Haziqah Bt Yahya (Muar) 
Keempat : Nur Alia Farhana Bt Saiful Nizam ( Muar)


Bawah 15 Tahun Perempuan 

Johan : Syazwani Bt Abd Razak (SSTMI) 
N. Johan : Nur Shahira Yasmin Bin Suhaimi (Pelapis Johor) 
Ketiga : Amal Sofea Bt Azharazad ( SSTMI) 
Keempat : Syarifah Nurliyana Bt Saiyed Sagap ( Pg Bowl) 


Pemenang- pemenang setiap kategori telah membawa pulang Medal dan Wang Tunai beserta Sijil Penyertaan setiap seorang. Pertandingan tamat pada jam 1,00 petang dan akan disambung pada 18 Oktober 2014 pada jam 10.00 pagi di Vanue yang sama bagi 3 kategori iaiatu Bawah 15 tahun Lelaki, Bawah 19 Tahun lelaki dan perempuan.



--
Saya yang menjalankan tugas,

ZAHARI ZAHAR BIN YUSOF,
Penolong Pegawai Belia Dan Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor
Majlis Sukan Negara Malaysia

SDO Sukan
(Angkat Berat ,Tenpin Bowling,Tinju)

No comments:

Post a Comment