01 October 2014

PROGRAM TID, PENGENALAN DAN ASAS SUKAN ANGKAT BERAT


Sukan : Angkat Berat
Tarikh : 10-11 Sept 2014
Tempat :Akademi Tenis Taman Perling Johor Bahru, Johor

Pada 10 & 11 hb September yang lalu, Majlis Sukan Negeri Johor melalui Unit Sukan Prestasi TInggi Negeri Johor telah mengadakan program pencaraian bakat- bakat baru sukan Angkat Berat  iaitu Program TID , Pengenalan Sukan Angkat Berat  & Klinik Asas Sukan Angkat Berat . Program tersebut telah diadakan di Akademi Tenis Taman Perling Johor Bahru  melibatkan seramai 50 orang pelajar SMK Taman Sri Perling Johor Bahru (49 lelaki & 1 wanita), 2 orang jurulatih sambilan USPTN Johor, 1 Pegawai USPTN Johor , 4 orang atlet Program Pelapis Negeri Johor dan 4 Orang Urusetia.

Objektif utama pengajuran program ini adalah bertujuan memperkenalkan sukan Angkat Berat kepada sekolah yang berhampiran dengan pusat latihan Angkat Berat MSN Johor iaitu SMK Taman Sri Perling Johor Bahru dan mencungkil bakat- bakat baru yang berumur 13 & 14 tahun untuk di ketengahkan kepringkat yang lebih tinggi. Selain itu juga program ini bertujuan bagi mecari atlet pelapis untuk diserapkan ke Program SUKMA Johor 2020. 

Program bermula pada jam 9.00 pagi dengan aktiviti TID yang dikelolakan oleh pihak Institut Sukan Negara dan Pusat Satelit ISN Johor. Peserta - peserta yang terlibat telah diuji oleh pihak ISN melalui ujian seperti 

1. Basic Anthropometry
2. Flexibility
3. Abdominal Mascular Endurance
4.Upper Body Strenght Endurance
5.Grip Strenght
6.Aerobic Test 

Seterusnya program diteruskan dengan Pengenalan Sukan dan Peralatan Sukan Angkat Berat  dan disusuli dengan Demonstarsi Sukan Angkat Berat  oleh Atlet Program Pelapis Negeri Johor dan Seterusnya Klinik Asas Latihan yang dikelolakan oleh jurulatih Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor. 

Pada sesi petang peserta- peserta diberi taklimat asas pertandingan sukan Angkat Berat  Pada sesi ini peserta- peserta diberi peluang untuk memperaktikkan teknik2 yang telah diajar pada sesi pagi. 

Di akhir program pihak USPTN Johor telah menyerahkan  Sijil penyertaan kepada peserta- peserta dan cenderahati kepada pihak sekolah sebagai tanda sokongan padu agi melahirkan atlet- atlet sukan Angkat Berat  pada masa akan datang. 


Akhir sekali pihak MSN Johor melalui USPTN Johor merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Sekolah SMK Sri Perling Johor Bahru  di atas sokongan dan bantuan bagi menjayakan program Pengenalan dan Klinik Asas Sukan Angkat Berat  
--



--
Saya yang menjalankan tugas,

ZAHARI ZAHAR BIN YUSOF,
Penolong Pegawai Belia Dan Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor
Majlis Sukan Negara Malaysia

SDO Sukan
(Taekwondo,Tenpin Bowling,Tinju)

No comments:

Post a Comment