01 October 2014

PROGRAM PENGENALAN DAN KLINIK ASAS SUKAN TINJU

Sukan : Tinju 
Tarikh : 7-8 Sept 2014 
Tempat : SMK Bandar Putra Segamat 

Pada 7 dan 8hb September yang lalu, Majlis Sukan Negeri Johor melalui Unit Sukan Prestasi TInggi Negeri Johor telah mengadakan program pencaraian bakat- bakat baru sukan Tinju iaitu Program Pengenalan Sukan Tinju & Klinik Asas Sukan Tinju. Program tersebut telah diadakan di Dewan SMK Bandar Putra Segamat Johor melibatkan seramai 50 orang pelajar SMK Bandar Putra , 3 orang jurulatih sambilan USPTN Johor, 1 Pegawai USPTN Johor dan 6 orang atlet Tinju SMK Bandar Putra Segamat Johor. 

Objektif utama pengajuran program ini adalah bertujuan memperkenalkan sukan Tinju di Sekolah SMK Bandar Putra Segamat dan mencungkil bakat- bakat baru yang berumur 13 & 14 tahun untuk di ketengahkan kepringkat yang lebih tinggi. Selain itu juga program ini bertujuan bagi mecari atlet pelapis untuk diserapkan ke Program SUKMA Johor 2020. 

Program bermula pada jam 9.00 pagi dengan aktiviti Pengenalan Sukan dan Peralatan Sukan Tinju dan disusuli dengan Demonstarsi Sukan Tinju oleh Atlet Program Pelapis Negeri Johor dan Seterusnya Klinik Asas Latihan yang dikelolakan oleh jurulatih Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor. 

Pada sesi petang peserta- peserta diberi taklimat asas pertandingan sukan Tinju dengan mengadakan Mini Pertandingan. Pada sesi ini peserta- peserta diberi peluang untuk memperaktikkan teknik2 yang telah diajar pada sesi pagi. 

Di akhir program pihak USPTN Johor telah menyerahkan  Sijil penyertaan kepada peserta- peserta dan cenderahati kepada pihak sekolah sebagai tanda sokongan padu agi melahirkan atlet- atlet sukan tinju pada masa akan datang. 


Akhir sekali pihak MSN Johor melalui USPTN Johor merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Sekolah SMK Bandar Putra di atas sokongan dan bantuan bagi menjayakan program Pengenalan dan Klinik Asas Sukan Tinju 

'LUASKAN KUASAMU SUKAN JOHOR"
--
Saya yang menjalankan tugas,

ZAHARI ZAHAR BIN YUSOF,
Penolong Pegawai Belia Dan Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor
Majlis Sukan Negara Malaysia

SDO Sukan
(Taekwondo,Tenpin Bowling,Tinju)

No comments:

Post a Comment