19 October 2014

Johor - Bengkel Jurulatih PPS 2014


Tarikh : 19-21 Oktober 2014
Masa  : 3.00pm - 10.30pm
Tempat : Pearl International Hotel, Kuala Lumpur

Bengkel Kejurulatihan Program Penggalakan Sukan (PPS) 2014. Hari pertama bengkel, Johor menghantar 1 orang jurulatih dari sukan angkat berat iaitu En.Zamzuri Dollah.Jurulatih En.Fitri Daud (Berbasikal Trek) tidak dapat hadir atas sebab peribadi manakala jurulatih En.MuzakirAkmal bin Rahman (olahraga) tidak dapat hadir kerana ada kematian keluarga terdekat.

Taklimat penerangan berkaitan PPS serta hala tuju program dari En.Rashid B. Ramli, Ketua Unit Pelapis Negeri (KUPN). Seterusnya, Pengarah Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara Malaysia (PCP), En.Jefri Ngadirin memberi taklimat. 

Pada sebelah malam, PPN dibahagikan mengikut sukan. PPN Johor ditugaskan menjaga sukan memanah. Sesi bengkel memanah dimoderator oleh jurulatih dari pasukan Elit Kebangsaan iaitu En. Rosmalizam dan En. Marbawi. Disertai 11 jurulatih lelaki dan 2 orang wanita berjumlah 13 orang jurulatih PPS. Sesi pada sebelah malam diakhiri dengan soal jawab ringkas.

Sekian.Terima Kasih






No comments:

Post a Comment