24 October 2014

KEM BAKAT SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK 1/2014- HARI PERTAMA

Sesi Hari Pertama
23 Oktober 2014 (Khamis)

Seramai 99 orang atlet dari pelapis negeri telah menyertai Kem Bakat Gimnastik Artistik siri 1/2014 yang diadakan di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Atlet yang menyertai kem ini terdiri daripada  53 orang atlet lelaki dan 46 orang atlet wanita. Seramai 6 orang atlet lelaki dari Johor telah menyertai Kem tersebut yang bermula pada 23 sehingga 28 Oktober 2014.

Pendaftaran atlet yang hadir di tempat penginapan iaitu di Hotel Sri Petaling, Kuala Lumpur. Program sesi petang adalah sesi Taklimat Kem yang disampaikan oleh Encik Giam selaku Pengurus Sukan Gimnastik Artistik Cawangan Pelapis. Seterusnya, pada sesi malam pula dipecahkan kepada dua program seperti berikut:-
1. Jurulatih - Sesi Bersama Teknikal MGF
2. Atlet - Program Ice Breaking

Sesi hari kedua akan bersambung pada 24 Oktober 2014 jam 8.00 pagi.
Sekian.

No comments:

Post a Comment