01 October 2014

UJIAN KECERGASAN ATLET TENPIN BOWLING PROGRAM PELAPIS NEGERI JOHOR

Sukan : Tenpin Bowling 
Tarikh : 14 September 2014
Masa : 8.30 Pagi 
Tempat : Akademi Tenis Taman Perling Johor Bahru 
Atlet : 13 Lelaki & 6 Perempuan 
Jurulatih : 2 Orang 
ISN : 4 orang 

Pada 14hb September 2014, Unit Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Pusat Satelit Institut Sukan Negara Malaysia Cawangan Johor telah mengadakan Ujian Kecergasan untuk atlet Tenpin Bowling Program Pelapis Negeri Johor (USPTN) bertempat di Akademi Tenis Taman Perling Johor Bahru, Johor. Program ini melibatkan seramai 19 orang atlet (13 Lelaki dan 6 orang perempuan) dan  2 orang jurulatih sambilan  program Pelapis Negeri Johor. Seramai 4 orang pegawai dari Institut Sukan Negara (ISN) yang telah  terlibat di ketuai oleh Pn. Nur Hazirah Binti Ahmad selaku ketua Penguji. 

Program bermula pada jam 9.00 pagi dengan aktiviti 'Warm Up' yang dikelolakan oleh pihak Pusat Satelit ISN Johor. Peserta - peserta yang terlibat telah diuji oleh pihak ISN melalui ujian seperti 

1. Basic Anthropometry
- Standing Height 
- Body Weight

2. Flexibility
- Modified Seat & Reach 

3. Abdominal Mascular Endurance
-Maximum Crunches 

4.Upper Body Strenght Endurance
-Maximum Push Up 

5.Grip Strenght
-Hand Grip Test 

6.Aerobic Test
- Yo-yo Endurance Test 

Program berakhir dengan "warm' down" dan disusuli dengan rumusan ringkas daripada ketua penguji.. 

Pihak USPTN Johor merakamkan jutaan terima kasih kepada Pihak ISN Johor, Jurulatih dan Ibu- bapa yang telah  terlibat  bagi bersama- sama menjayakan program tersebut. 

--
Saya yang menjalankan tugas,
vimala
ZAHARI ZAHAR BIN YUSOF,
Penolong Pegawai Belia Dan Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor
Majlis Sukan Negara Malaysia

SDO Sukan
(Taekwondo,Tenpin Bowling,Tinju)

No comments:

Post a Comment