18 October 2014

PENGANJURAN PROGRAM BINAAN PENGANJURAN KEJOHANAN TENPIN BOWLING REMAJA TERTUTUP NEGERI JOHOR 2014 SIRI 2 - HARI KEDUA


SUKAN : TENPIN BOWLING 
TARIKH : 17 & 18 OKTOBER 2014 
TEMPAT : DAIMAN BOWL JOHOR BAHRU

Pada 18hb Oktober 2014, Majlis Sukan Negeri Johor melalui Unit Sukan Negeri Johor dan Cawangan Pelapis MSNM telah mengadakan Kejohanan Tenpin Bowling Remaja Tertutup Negeri Johor 2014 Siri ke-2 bertempat di Daiman Bowl, Johor Bahru Johor. Penganjuran ini merupakan penganjuran kejohanan yang kedua kalinya diadakan bagi tahun 2014 dimana Siri yang pertama telah diadakan pada 17 Mei 2014 bertempat di Pasir Gudang Bowl, Masai Pasir Gudang Johor. Program ini bertujuan bagi memberi pendedahan pertandingan kepada atlet- atlet muda dari peringkat akar umbi (bawah 12 tahun, pertengahan dan remaja  bawah 19 tahun. Selain itu juga bertujuan untuk mengenal pasti bakat-bakat baru dari seluruh daerah Negeri Johor untuk di ketengahkan pada peringkat yang lebih tinggi. berikut adalah kategori yang dipertandingan :-

1. Kategori Bawah 12 Tahun Lelaki dan wanita 
2. Kategori Bawah 15 tahun Lelaki dan Wanita 
3. Kategori Bawah 19 Tahun Lelaki dan Wanita 

Berikut adalah laporan hari kedua kejohanan iaitu pada 18hb Oktober 2014 

Pertandingan telah bermula pada jam 10.00 pagi di Daiman Bowl Johor Bahru Johor melibatkan kategori Bawah 15 Tahun Lelaki, Bawah 20 Tahun Perempuan dan Bawah 20 tahun Lelaki. 

Jumlah Penyertaan Sepertimana Berikut :-

1. Lelaki 15 Tahun = 24 Orang 
2. Perempuan 20 Tahun  = 10 Orang 
3. Lelaki 20 Tahun = 11 Orang

Senarai Pemenang mengikut Kategori :-

Lelaki 15 Tahun 

Johan : Mohd Nurdini Syabil Bin Azmi (Pg Bowl)
Naib Johan : Mohd Zariff Nazmi Bin Zakaria (Pelapis Johor)
Ketiga : Mohd Azri Bin Azni ( SSTMI ) 
Keempat : Shushanor Sihanor ( SSTMI) 


Perempuan 20 Tahun 

Johan : Siti Nur Shahirah Bt Sanap (SSTMI)
Naib Johan : Nurin Bt Othman (SSTMI) 
Ketiga : Syafiqah Bt Mustafa (SSTMI)
Keempat : Nurul Qamarina Bt Redzuan (Pelapis Johor) 

Lelaki 20 Tahun 

Johan : Mohd Zami Zulkifle (SSTMI)
Naib Johan : Mohd Nafis Bin Abd Hamid (Muar)
Ketiga : Mohd Faez Bin Sahli ( Pelapis Johor) 
Keempat : Mohd Farid Bin Bukhari ( YPJ) 

Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh En Zanizan Bin Zakaria Jurlatih Program Pelapis Negeri Johor. Program berakahir pada Jam 1.30 Petang. 

Tahniah dan syabas  kepada  pemenang- pemenang dan yang tidak berjaya tingkatkan usaha di masa akan datang. 

 

--
Saya yang menjalankan tugas,

ZAHARI ZAHAR BIN YUSOF,
Penolong Pegawai Belia Dan Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor
Majlis Sukan Negara Malaysia

SDO Sukan
(Angkat Berat ,Tenpin Bowling,Tinju)

No comments:

Post a Comment