26 October 2014

KEM BAKAT SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK SIRI 1/2014 - HARI KE-4

Sesi Hari Keempat
26 Oktober 2014 (Ahad)

Pada hari keempat, program dijalankan di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil pada pukul 9 pagi. Sebelum program dijalankan En Giam Fook Pang selaku Pengurus Cawangan Pelapis memberikan taklimat ringkas kepada atlet. Selepas itu, atlet melakukan pemanasan badan sebelum atlet menjalani program dalam bentuk kumpulan. Atlet akan menjalani latihan pada satu apparatus ke apparatus yang lain mengikut kadar masa iaitu 20 minit. 

Seterusnya, pada sesi petang pula program diteruskan dengan latihan persediaan bagi control testing yang akan dijalankan pada hari kelima.

Sesi hari kelima akan bersambung pada 27 Oktober 2014 jam 8.00 pagi.
Sekian.

No comments:

Post a Comment